NOTIS TERKINI

PERHATIAN : Sila follow Page FB DrChef Sibu untuk mendaftar.
Jika berminat sila hubungi DrChef 013 817 4166

Tuesday, January 26, 2016

Kelas Kek Harijadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ini cerita 24/1/2016. Alhamdulillah telah berjaya mengadakan kelas kek harijadi. Agak lama juga rancangan nak mengadakan kelas ini. Macam-macam halangan .
Halangan yang selalu dihadapi adalah nak kumpulkan minimum 5 peserta . Di Sibu ini tak ramai yang sanggup bayar yuran yang mahal untu belajar kek deco.

Untuk kelas saya, yuran yang dikenakan adalah RM200 seorang.Untuk kelas hari tu, saya bagi diskaun so tak adalah bayar RM200...

Mungkin ada yang bertanya kenapa yurannya mahal. Kelas kek harijadi ini adalah hands on, dimana setiap peserta akan menghias kek coklat saiz 8 inci. Kek yang dah siap , mereka bawa balik. Kek yang saiz ini biasa dijual dalam RM80-100 ikut decoration.

Kelas hands on ini penting sebab peserta boleh terus membuat apa yang ditunjuk oleh pengajar dan jika cara tidak betul, pengajar boleh membetulkan pada masa tersebut.

Sebenarnya yuran RM200 ini tidak mahal, sebab admin sendiri membayar lebih dari itu untuk belajar kek hiasan harijadi ini.

Yang bestnya, sekejap je kita dapat kumpul balik modal yang kita labur untuk ilmu. Walaupun kita dah pandai mendeco kek harijadi, adalah dicadangkan kita menghadiri kelas deco yang lain sebab dalam kelas, pengajar akan share kan tip -tip yang tidak dapat dibaca dari resepi,

Ini adalah gambar-gambar semasa kelas tersebut.




Peserta yang dah siap mendeco kek masing-masing.



Semua sedang sibuk menhias kek .









Yang bestnya, semasa kelas ada 2 orang peserta yang menyambut harijadi. Memang sangat seronok kerana buat kek harijadi sendiri..





Ini kek yang pelajar buat.  Nampak macam pro walaupun kali pertama memegang piping bag.
Tahniah kepada semua. Semoga ilmu yang dipelajari memberi  manfaat kepada semua...

Untuk info admin kurangkan  yuran sebagai sedekah, harap buka untung didunia sahaja , malah dapat untuk di akhirat juga.
Ayat yang biasa kita dengar, pahala yang kekal walaupun kita telah meninggal adalah ilmu yang dipergunakan. Harap ini sebahagian dari saham akhirat admin. Aamiin....


1 comment:

  1. Soccer - 1xbet korean - Legalbet.co.kr
    Soccer. Sportsbook. Soccer. Soccer. Sportsbook. Soccer. Soccer. Sportsbook. Soccer. 1xbet korean Sportsbook. Soccer. Sportsbook. Soccer. 샌즈카지노 Sportsbook. Soccer. kadangpintar Sportsbook. Soccer. Sportsbook. Soccer.

    ReplyDelete