NOTIS TERKINI

PERHATIAN : Kelas hanya akan diadakan jika cukup bilangan peserta.
sesiapa berminat sila hubungi admin

Monday, January 25, 2016

Mesin Falcon

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Agak lama juga tak update blog ini. Bukannya tak ada buat kelas tapi tak sempat nak update. Untuk sesiapa yang berminat nak attend kelas baking dengan ishah bakery just like page ishah bakery dan whatsapp ke 0138174166 dengan taip ' kelas baking" nanti admin akan add dalam group whatsapp. Ini untuk orang yang tinggal sekitar Sibu, Sarawak. Sesiapa yang ada kemahiran memasak dan ingin menjadi tenaga pengajar, sangat dialu-alukan.

Bercakap tentang mesin falcon, sebenarnya dah 5 tahun saya mengintai mesin ini sebab tak sure nak beli ke tak. Dari harganya rm800 sehinggalah sekarang nak mencecah RM1060.

Pada 20/12/2015 yang lepas, saya bertekad hendak melihat sendiri demo keajaiban mesin ini. kalau baca dari internet dan lihat video youtube, saya masih tak pasti nak beli. Apabila melihat demo penggunaan mesin ini, saya telah mengambil keputusan untuk menjadikan mesin falcon milik ku hihi. Syukur, saya telah membuat keputusan yangbetul. Sehingga hari ini, saya dah mendapat income dari mesin ini.




Mesin ini dah berada di pasaran sejak lebih 15 tahun dan telah mengalami upgrade beberapa kali. Acuannya semakin bertambah dan penggunaan nya juga semakain meluas.

Antara kegunaan yang menyebabkan saya tak fikir panjang nak memilikinya adalah terlalu mudah membuat mee mengguna mesin ini.

Ada 3 step saja:
1. Masukkan tepung , uli..
2. Masukkan cecair dan uli 2 minit
3. Keluarkan mee dan rebus...tada......mee pun dah siap. Macam tak percayakan, tapi benar hihi.

Uli tepung dan cecair



Kemudian mee pun keluar, boleh terus rebus..


No comments:

Post a Comment