NOTIS TERKINI

PERHATIAN : Sila follow Page FB DrChef Sibu untuk mendaftar.
Jika berminat sila hubungi DrChef 013 817 4166
Showing posts with label HOME. Show all posts
Showing posts with label HOME. Show all posts

Monday, June 11, 2018

Rebranding Baking & Cooking Class

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Beberapa tahun ini saya tidak update di blog ini. Ini bukan bermkna kelas baking dan cooking tidak diadakan lagi

Saya masih aktif membuat kelas- kelas baking dan cooking, malah telah bekerjasama dengan chef dan pakar memasak dari semenanjung dan juga borneo sendiri dengan tujuan untuk memberi impak yang lagi besar kepada penduduk di Borneo khasnya di Sarawak.

Alhamdulillah sekarang saya sudah mengguna jenama DrChef





Boleh ikuti perkembangan saya di Page FB DrChef Sibu.



Selama dua tahun kebelakangan ini saya telah mengadakan Mobile Baking & Cooking Class, yang saya kenali DrChef Mobile Baking Class.

Antara kelas yang mendapat sambutan tahun 2017 dan 2018 :
Kelas Kek Deco Basic RM60
Kelas Roti dan Bun RM100
Kelas Kek Viral Deco Fresh Cream RM160

Semua kelas ini adalah hands on dan setiap peserta akan membawa balik hasil kerja mereka.

Ramai diantara peserta ini telah mendapat manfaat dari kelas ini dan ada yang telah mendapat pendapatan tambahan.

Nanti DrChef akan share gambar-gambar dan kelas yang pernah diadakan sepanjang 2017 dan 2018.

Ada satu lagi berita baik , DrChef juga tawarkan program DrChef Teacher bagi peserta yang ingin menyertai DrChef untuk berkongsi ilmu dengan penduduk setempat.

Anda akan diberi latihan dengan kos yang minima sehingga anda benar-benar boleh mengajar seperti DrChef.
Jika ada yang berminat bolehlah hubungi DrChef.

Impossible To Possible

#drchefsibu
#drchefteacher
#drchefbaking&Pastry

Monday, April 22, 2013

KELAS BAKING AND COOKING KANAK-KANAK DI SIBU

Assalamualaikum dan salam sejahtera, kami juga kan mengadakan kelas untuk kanak-kanak dengan harapan, minat untuk memasak perlu dipupuk sejak kecil. Kelas untuk kanak-kanak akan dibahagi mengikut umur iaitu :

1. Kelas Super Junior : 10-12 tahun
2. Kelas Junior : 13-15 tahun

Untuk permulaan , kami bercadang untuk mengada kelas cup cakes untuk kanak-kanak. Kami memerlukan maklumbalas dari pembaca untuk kami  menyedia modul yang bersesuain dengan umur kanak-kanak dan permintaan dari pembaca di luar sana.

Thursday, April 18, 2013

KEMUDAHAN KELAS

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
kepada sesiapa yang berminat , kelas kami bertempat di ishabakery.blogspot , tkt 1, Shoplot 26, lorong Satria 2B, Taman Desa Satria, Bt. 7, Jalan Oya, Sibu , Sarawak.

Untuk kelas, pelajar digalak membawa apron , tuala dapur, pen dan kertas untuk kemudahan masing-masing. Pihak admin sangat mementingkan ketepatan masa agar kelas berjalan dengan lancar. Diharap pelajar datang 15 minit sebelum kelas dijadualkan bermula.

Kami menyediakan tempat yang selesa untuk pelajar. Kebanyakkan kelas yang diadakan adalah hands on dimana peserta akan membuat sendiri masakan atau kuih yang diajar sebab itu bayaran agak tinggi dimana peserta akan membawa balik masakan atau kuih yang mereka buat .

Diharap semua peserta yang telah mengikuti kelas yang dianjur oleh kami berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan.

PEMBUKA KATA DARI ADMIN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Alhamdulillah dan bersyukur kerana saya telah dapat membantu wanita-wanita diluar sana yang ingin meningkatkan kemahiran diri khususnya dalam bidang masakan. Kawasan sekitar Sibu ini agak sukar untuk mencari kelas-kelas Baking And Cooking. Saya berharap usaha saya ini dapat memberi pilihan kepada anda di luar sana yang ingin mempelajari perkara-perkara berkaitan Baking And Cooking.

Untuk permulaan, info tentang kelas yang kita akan adakan akan di maklum melalui facebook ; Untuk mempastikan anda tidak ketinggalan dengan kelas yang kami adakan sila add kami ishahbakery.blogspot Fan page atau asma sharkawi.

Selain dari itu, kami juga membuka peluang kepada pembaca di luar sana yang mahir dalam masakan atau membuat kuih samada kuih moden atau kuih tradisional untuk menghubungi kami. Jika bersesuaian, kami akan mempelawa anda untuk menjadi tenaga pengajar kami.

Seiapa yang berminat boleh hubungi admin di 013-817 4166

Saya berharap selepas mengikuti kelas ini nanti, anda boleh mendapat pendapatan tambahan dengan mengambil tempahan atau menjual produk-produk yang telah diajar.

kami sentias ingin memperbaiki kualiti kelas yang kami tawarkan. untuk itu maklumbalas dari pelajar amat-amat kami alukan,
TERIMA KASIH,,