NOTIS TERKINI

PERHATIAN : Sila follow Page FB DrChef Sibu untuk mendaftar.
Jika berminat sila hubungi DrChef 013 817 4166

Saturday, November 9, 2013

Kek Hari Guru

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kalau hari guru, bukan saja budak sekolah yang sibuk nak mencari hadiah untuk guru mereka, tapi ibubapa pun turut merasa bahangnya..terutama sekali ibunya hehe.
Tengok, anak akak pun sibuk nak buat kek untuk hari guru.. tengoklah hasil tangannya..


Friday, November 8, 2013

Kek Hiasan Buttercream Roses

Assalamualaikum, bukan saja masa harijadi kita perlu sediakan kek.Trend sekarang ini, apa -apa majlis akan lebih ceria jika ada kek. Anda boleh belajar membuat hiasan bunga ros dengan buttercream . Jika anda ingin belajar, kami juga menyediakan kelas untuk ansdaSeorang kena bayar RM100 dan jika anda kongsi dua orang, anda perlu membayar RM65.00 seorang. Urusan pembahagian kek dan bekas simpanan kek akan diurus oleh anda sendiri jika anda berkongsi kek.



Kek Perkahwinan Dengan Hiasan Buttercream

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Ada juga teman-teman bertanya, ada tak mengada kelas untuk membuat kek perkahwinan. Sekarang ini sudah menjadi trend ,sealin dari bunga telur dan doorgift, kek perkahwinan juga boleh memeriahkan suasana persandingan raja sehari.

Untuk permulaan , saya akan membuka kelas untuk kek perkahwinan mengguna hiasan buttercream. Di sini anda akan diajar cara membuat bunga ros mengguna buttercream. Apa yang anda pelajari dalam kelas adalah asas decoration for buttercream. Untuk mempastikan decoration anda menarik, semuanya bergantung kepada kreaktiviti masing-masing.

Bayaran untuk kelas kek perkahwinan 2 tingkat adalah RM180, berkongsi 2 orang dibenarkan dan anda hanya perlu membayar RM100 seorang.. Urusan pembahagian kek dan tempat menyimpan kek setelah di potong diurus sendiri oleh peserta jika peserta berkongsi.



Bahan yang perlu dibawa semasa menghadiri Kelas

Assalamualaikum dan salam sejahtera, jika anda mengikuti mana-mana kelas, adalah lebih baik jika anda dapat membawa sehelai tuala bersih dan apron jika ada.
Ini dapat membantu anda dalam membuat hands on nanti.

Di kelas, kami juga ada menjual peralatan yang berkaitan dengan baking.

Kek Harijadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Ada teman-teman yang ingin belajar membuat kek harijadi. Katanya, kalau kita buat kek harijadi sendiri untuk orang yang tersayang tentu lebih bermakna boleh jimat dan yang paling penting kebersihan terjamin sebab kita buat sendiri . Itu saya sokong. Lagi satu jika kita rajin , boleh mendapat pendapatan tambahan dari kepakaran kita tadi.
Dalam kelas ini, saya akan mengajar anda membuat kek coklat lembab. Hiasan mengguna buttercream dan sedikit fondant.

Kek lebih kurang , peserta akan membuat hands on dan kek akan dibawa balik oleh peserta.
Bayaran adalah RM100 seorang. Peserta dibenarkan berkongi dua orang untuk satu kek dan setiap orang perlu membayar sebanyak RM60 , Kek akan dikongsi oleh peserta tersebut. Urusan pembahagian kek akan dibuat sendiri oleh peserta. Pihak kami tidak menyedia bekas untuk kek yang telah dibahagi. Peserta dinasihat membawa bekas jika berkongsi kek.

Hiasan mengguna fondant dan buttercream :



Hiasan mengguna buttercream sahaja :