NOTIS TERKINI

PERHATIAN : Sila follow Page FB DrChef Sibu untuk mendaftar.
Jika berminat sila hubungi DrChef 013 817 4166

Monday, June 11, 2018

DrChef Kelas Kek Coklat Birthday Basic Deco - Saratok/ Kabong

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ini nak share kelas kek coklat Birthday Basic Deco yang DrChef buat secara roadshow di Sibu, Bintangor, Saratok , Kota Samarahan dan Bintulu.
Jika ada yang berminat nak organize kelas ini dit tempat anda samada di Sarawak atau di Sabah, boleh hubungi DrChef. Kalau di semenanjung pun DrChef boleh uruskan. Yang penting ada peserta.

Kelas ini berbentuk hands on dimana peserta akan belajar membuat kek coklat ini dan menyedia topping kek juga.

Kreativiti mendeco DrChef galak peserta menggunakan kreativiti masing-masing untuk mendeco kek.
Mahalnya sebiji kek itu bukan hanya terletak pada keenakan kek itu sendiri tetapi juga terletak kepada keunikan hiasan kek itu juga.

Di Saratok , DrChef organize kelas ini di bandar  Saratok dan Kampung Perpat.
Walaupun agak jauh dari bandar, DrChef puas hati sebab dapat berkongsi ilmu dengan penduduk di situ.

Keunikan kelas DrChef ini ialah, adanya program DrChef Teacher dimana peserta yang berkebolehan dan minat untuk menyertai DrChef akan diberi latihan dengankos yang sangat minima.

Selepas peserta dah bersedia, peserta boleh mengad kelas sendiri seperti DrChef buat dan layak mengguna jenama DrChef setelah dilantik secara rasmi menjadi DrChef Teacher.

Ini antara gambar-gambar semasa kelas di Saratok dan Kabong.

Kelas di bandar Kabong



Kelas di kampung Perpat, saratok :



Gelagat peserta dalam kelas :









Antara hasil kerja peserta.
Mana tak peserta happy, kek ini mereka boleh bawa baik.
Ada yang sempat open order untuk ambil tempahan











Selepas kelas dah boleh mengambil tempahan. DrChef perlukan peserta ini untuk mengambil tempahan di kawasan mereka.

Kata orang biarlah kita berkongsi rezeki.

Alhamdulillah, sejak kelas ini diadakan ,jika ada tempahan dari kawasan -kawasan tersebut dah ada drChef Teacher yang boleh back up DrChef.

Jika ada yang berminat, terus saja contact DrChef sama melalui WhatsApp atau ke FB DrCher Sibu .


Impossible To Possible

#drchefsibu
#drchefteacher

Rebranding Baking & Cooking Class

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Beberapa tahun ini saya tidak update di blog ini. Ini bukan bermkna kelas baking dan cooking tidak diadakan lagi

Saya masih aktif membuat kelas- kelas baking dan cooking, malah telah bekerjasama dengan chef dan pakar memasak dari semenanjung dan juga borneo sendiri dengan tujuan untuk memberi impak yang lagi besar kepada penduduk di Borneo khasnya di Sarawak.

Alhamdulillah sekarang saya sudah mengguna jenama DrChef





Boleh ikuti perkembangan saya di Page FB DrChef Sibu.



Selama dua tahun kebelakangan ini saya telah mengadakan Mobile Baking & Cooking Class, yang saya kenali DrChef Mobile Baking Class.

Antara kelas yang mendapat sambutan tahun 2017 dan 2018 :
Kelas Kek Deco Basic RM60
Kelas Roti dan Bun RM100
Kelas Kek Viral Deco Fresh Cream RM160

Semua kelas ini adalah hands on dan setiap peserta akan membawa balik hasil kerja mereka.

Ramai diantara peserta ini telah mendapat manfaat dari kelas ini dan ada yang telah mendapat pendapatan tambahan.

Nanti DrChef akan share gambar-gambar dan kelas yang pernah diadakan sepanjang 2017 dan 2018.

Ada satu lagi berita baik , DrChef juga tawarkan program DrChef Teacher bagi peserta yang ingin menyertai DrChef untuk berkongsi ilmu dengan penduduk setempat.

Anda akan diberi latihan dengan kos yang minima sehingga anda benar-benar boleh mengajar seperti DrChef.
Jika ada yang berminat bolehlah hubungi DrChef.

Impossible To Possible

#drchefsibu
#drchefteacher
#drchefbaking&Pastry

Tuesday, January 26, 2016

Kelas Demo falcon Ishah 1/2016 di Sibu

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Ini adalah kelas pertama admin untuk demo mesin falcon. Seronok melihat peserta yang excited tengok mesin ini berfungsi. Memanglah, admin pun begitu juga semasa attend demo di KL.

Untu demo kali ini, admin menunjuk :
1. membuat roti
2. Membuat mee kuning.

Saja nak share photo-photo untuk kenang-kenangan


Membuat roti









Membuat mee kunyit








Jika ada yang berminat nak beli atau nak demo, pm admin k

Kelas Kek Harijadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ini cerita 24/1/2016. Alhamdulillah telah berjaya mengadakan kelas kek harijadi. Agak lama juga rancangan nak mengadakan kelas ini. Macam-macam halangan .
Halangan yang selalu dihadapi adalah nak kumpulkan minimum 5 peserta . Di Sibu ini tak ramai yang sanggup bayar yuran yang mahal untu belajar kek deco.

Untuk kelas saya, yuran yang dikenakan adalah RM200 seorang.Untuk kelas hari tu, saya bagi diskaun so tak adalah bayar RM200...

Mungkin ada yang bertanya kenapa yurannya mahal. Kelas kek harijadi ini adalah hands on, dimana setiap peserta akan menghias kek coklat saiz 8 inci. Kek yang dah siap , mereka bawa balik. Kek yang saiz ini biasa dijual dalam RM80-100 ikut decoration.

Kelas hands on ini penting sebab peserta boleh terus membuat apa yang ditunjuk oleh pengajar dan jika cara tidak betul, pengajar boleh membetulkan pada masa tersebut.

Sebenarnya yuran RM200 ini tidak mahal, sebab admin sendiri membayar lebih dari itu untuk belajar kek hiasan harijadi ini.

Yang bestnya, sekejap je kita dapat kumpul balik modal yang kita labur untuk ilmu. Walaupun kita dah pandai mendeco kek harijadi, adalah dicadangkan kita menghadiri kelas deco yang lain sebab dalam kelas, pengajar akan share kan tip -tip yang tidak dapat dibaca dari resepi,

Ini adalah gambar-gambar semasa kelas tersebut.




Peserta yang dah siap mendeco kek masing-masing.



Semua sedang sibuk menhias kek .









Yang bestnya, semasa kelas ada 2 orang peserta yang menyambut harijadi. Memang sangat seronok kerana buat kek harijadi sendiri..





Ini kek yang pelajar buat.  Nampak macam pro walaupun kali pertama memegang piping bag.
Tahniah kepada semua. Semoga ilmu yang dipelajari memberi  manfaat kepada semua...

Untuk info admin kurangkan  yuran sebagai sedekah, harap buka untung didunia sahaja , malah dapat untuk di akhirat juga.
Ayat yang biasa kita dengar, pahala yang kekal walaupun kita telah meninggal adalah ilmu yang dipergunakan. Harap ini sebahagian dari saham akhirat admin. Aamiin....


Monday, January 25, 2016

Demo Falcon Oleh Kak Siti Aisyah

Assalammualaikum dan salam sejahtera, saja nak share demo falcon sebagai kenangan dan juga untuk maklumat sesiapa yang berminat nak beli mesin ini.
Kepada wanita diluat sana yang biasa membuat tempahan biskut atau yang menjual mee, saya sarankan milikilah falcon ini, keran kehadirannya dapat mengurangkan lebih 50% dari beban kerja kita, sebab baking menjadi sangat mudah dan seronok. Dapt menjimat lebih masa dan sudah pasti margin keuntungan akan bertambah.

Kepada yang berniaga mee, mesin falcon ini dapt membuat mee kuning dangan sangat senang,cepat dan yangpaling penting membuat mee yansihat tanpa bahan kimia.

Saya just share photo semasa demo hari itu dan diharap ini dapat membatu anda yang masih belum pasti nak beli mesin ini atau tidak...



Cantik mee hasil dari falcon ini




Boleh juga diguna untuk membuat tart gulung.


Tart yang ready nak masuk oven....


Antara peserta yang hadir. Sekarang sedang membentuk roti yang telah diadun dam mesin falcon.






Antara roti yang sudah siap...





Antara roti yang siap..

Seiapa yang berminat nak tengok demo atau membeli mesin ini boleh menghubungi admin..
Terma kasih

Mesin Falcon

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Agak lama juga tak update blog ini. Bukannya tak ada buat kelas tapi tak sempat nak update. Untuk sesiapa yang berminat nak attend kelas baking dengan ishah bakery just like page ishah bakery dan whatsapp ke 0138174166 dengan taip ' kelas baking" nanti admin akan add dalam group whatsapp. Ini untuk orang yang tinggal sekitar Sibu, Sarawak. Sesiapa yang ada kemahiran memasak dan ingin menjadi tenaga pengajar, sangat dialu-alukan.

Bercakap tentang mesin falcon, sebenarnya dah 5 tahun saya mengintai mesin ini sebab tak sure nak beli ke tak. Dari harganya rm800 sehinggalah sekarang nak mencecah RM1060.

Pada 20/12/2015 yang lepas, saya bertekad hendak melihat sendiri demo keajaiban mesin ini. kalau baca dari internet dan lihat video youtube, saya masih tak pasti nak beli. Apabila melihat demo penggunaan mesin ini, saya telah mengambil keputusan untuk menjadikan mesin falcon milik ku hihi. Syukur, saya telah membuat keputusan yangbetul. Sehingga hari ini, saya dah mendapat income dari mesin ini.




Mesin ini dah berada di pasaran sejak lebih 15 tahun dan telah mengalami upgrade beberapa kali. Acuannya semakin bertambah dan penggunaan nya juga semakain meluas.

Antara kegunaan yang menyebabkan saya tak fikir panjang nak memilikinya adalah terlalu mudah membuat mee mengguna mesin ini.

Ada 3 step saja:
1. Masukkan tepung , uli..
2. Masukkan cecair dan uli 2 minit
3. Keluarkan mee dan rebus...tada......mee pun dah siap. Macam tak percayakan, tapi benar hihi.

Uli tepung dan cecair



Kemudian mee pun keluar, boleh terus rebus..


Sunday, November 9, 2014

Kelas Mee Kuning

Assamulaikum dan salam sejahtera,
lama dah tak update blog ini. Bukannya tak ada aktiviti, tapi terlupa nak update.
Pada 19 Oktober 2014 yang lalu, kelas mee telah berjaya diadakan. Sebenarnya senang saja nak buat mee kuning ini. Tapi, kalau baca dari resepi mungkin agak susah nak faham. Kenalah menghadiri kelas, baru kita betul-betu faham hehe

Bila dah pandai buat mee sendiri, sudah pasti lebih jimat dan lebih selamat. Kepada pelajar yang dan belajar, jangan tak cuba. kenalah cuba secepat mungkin..barulah ilmu tu berkat hehe.
Dengan mengguna 1 kg tepung, kita dapat menghasilkan hampir 2 kg mee kuning. Kalau rajin, bolehlah buat untuk dijual..

Antara gambar-gambar semasa kelas mee kuning tempohahri...


Sedang menggiling adunan




Di sini, kita hanya mengguna mesin mee yang biasa saja




Jika ada yang berminat nak join kelas boleh hubungi saya,
Dr. Asma 0138174166 atau whatsapp

 TEMPAT: 
TKT 1, SHOPLOT 26, LORONG SATRIA 2B, TAMAN DESA SATRIA, JALAN OYA, SIBU