NOTIS TERKINI

PERHATIAN : Sila follow Page FB DrChef Sibu untuk mendaftar.
Jika berminat sila hubungi DrChef 013 817 4166

Friday, April 26, 2013

Kelas tartlet




Tart chocolate cheese




Assalamualaikum dan salam sejahtera, ramai kawan-kawan yang bertanya tentang tartlet. Ia sangat popular pada teman-teman di semenanjung tapi agak tidak popular pada teman-teman di sini, Sibu khasnya. Ia sangat sedap, bergantung kepada inti yang diguna. Ia boleh dimakan sebagai minimum petang atau sesuai untuk jamuan pada musim perayaan.

Untuk memenuhi permintaan, saya akan mengadakan class tartlet. Dalam kelas ini ada akan diajar cara membuat kulit tartlet dan petua untuk mengelak adunan dari lekat pada acuan

Di kelas ini nanti, anda akan diajr dua jenis filling iaitu krim kastad dan krim keju. Dari 2 jenis filling ini, anda akan dapat membuat pelbagai jenis tartlet.

Disamping itu anda boleh menambah pendapatan dengan menerima tempahan untuk tartlet ini. Selain dari itu, anda juga boleh menjual tart shell .

Bayaran :RM70

Sesiapa yang berminat, sila rujuk face book untuk mengetahui tarikh untuk kelas ini.

Monday, April 22, 2013

KELAS CUP CAKES 3/2013

TARIKH : 14 APRIL 2013
BAYARAN : RM60


Peserta sedang kusyuk menghias kek cawan.





Antara hasil kerja peserta :













Kepada yang diluar sana yang ingin mengikuti kelas cup cakes, sila hubungi admin.




KELAS CUP CAKES 2/2013

Kelas Cup cakes 2/2013
Tarikh : 13 April 2013















Antara hasil kerja peserta.



 Saya minta maaf kerana gambar yang diambil kurang jelas.

KELAS CUP CAKES

MASA  : 2 JAM 30 MINIT
BAYARAN : RM70.00

Modul kelas :
1. Peserta akan diajar membuat kek cawan coklat lembab.
2. Belajar membuat asing untuk mendeco kek
3. Belajar membuat hiasan mengguna fondant
4. mengetahui tip-tip berkaitan dengan kek cawan
5. 9 jenis corak hiasan akan diajar.


Antara jenis hiasan yang diajar ( jenis hiasa mengikut trend semasa )

1. Lady bird


2. Hiasan Mengguna Edible :



3. Hiasan Butterfly




4. hiaasan Ice cream :



5. Membentuk huruf atau angka dengan buttercream :





6. Hiasan mengguna fondant :



7. Hiasan Bunga Buttercream :



Hiasan yang ke 8 dan ke 9 adalah bebas, ikut kreaktiviti peserta :

Peserta mungkin boleh membuat hiasan seperti dibawah .





KELAS BAKING AND COOKING KANAK-KANAK DI SIBU

Assalamualaikum dan salam sejahtera, kami juga kan mengadakan kelas untuk kanak-kanak dengan harapan, minat untuk memasak perlu dipupuk sejak kecil. Kelas untuk kanak-kanak akan dibahagi mengikut umur iaitu :

1. Kelas Super Junior : 10-12 tahun
2. Kelas Junior : 13-15 tahun

Untuk permulaan , kami bercadang untuk mengada kelas cup cakes untuk kanak-kanak. Kami memerlukan maklumbalas dari pembaca untuk kami  menyedia modul yang bersesuain dengan umur kanak-kanak dan permintaan dari pembaca di luar sana.

INFO KELAS

Salam sejahtera, info tentang kleas-kelas akan dikemaskini dari semasa ke semasa dan bayaran mungkin berubah mengikut modul kelas.

Kelas kami hanya diadakan pada hujung minggu atau cuti umum iaitu hari Sabtu dan Ahad  . Samada di sebelah pagi atau petang : bermula 9 pagi atau 2 petang.

Untuk permulaan kita hanya akan mengadakan kelas jika ada permintaan.

KELAS CUP CAKES:
Bayaran : RM70




Thursday, April 18, 2013

KEMUDAHAN KELAS

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
kepada sesiapa yang berminat , kelas kami bertempat di ishabakery.blogspot , tkt 1, Shoplot 26, lorong Satria 2B, Taman Desa Satria, Bt. 7, Jalan Oya, Sibu , Sarawak.

Untuk kelas, pelajar digalak membawa apron , tuala dapur, pen dan kertas untuk kemudahan masing-masing. Pihak admin sangat mementingkan ketepatan masa agar kelas berjalan dengan lancar. Diharap pelajar datang 15 minit sebelum kelas dijadualkan bermula.

Kami menyediakan tempat yang selesa untuk pelajar. Kebanyakkan kelas yang diadakan adalah hands on dimana peserta akan membuat sendiri masakan atau kuih yang diajar sebab itu bayaran agak tinggi dimana peserta akan membawa balik masakan atau kuih yang mereka buat .

Diharap semua peserta yang telah mengikuti kelas yang dianjur oleh kami berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan.

PEMBUKA KATA DARI ADMIN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Alhamdulillah dan bersyukur kerana saya telah dapat membantu wanita-wanita diluar sana yang ingin meningkatkan kemahiran diri khususnya dalam bidang masakan. Kawasan sekitar Sibu ini agak sukar untuk mencari kelas-kelas Baking And Cooking. Saya berharap usaha saya ini dapat memberi pilihan kepada anda di luar sana yang ingin mempelajari perkara-perkara berkaitan Baking And Cooking.

Untuk permulaan, info tentang kelas yang kita akan adakan akan di maklum melalui facebook ; Untuk mempastikan anda tidak ketinggalan dengan kelas yang kami adakan sila add kami ishahbakery.blogspot Fan page atau asma sharkawi.

Selain dari itu, kami juga membuka peluang kepada pembaca di luar sana yang mahir dalam masakan atau membuat kuih samada kuih moden atau kuih tradisional untuk menghubungi kami. Jika bersesuaian, kami akan mempelawa anda untuk menjadi tenaga pengajar kami.

Seiapa yang berminat boleh hubungi admin di 013-817 4166

Saya berharap selepas mengikuti kelas ini nanti, anda boleh mendapat pendapatan tambahan dengan mengambil tempahan atau menjual produk-produk yang telah diajar.

kami sentias ingin memperbaiki kualiti kelas yang kami tawarkan. untuk itu maklumbalas dari pelajar amat-amat kami alukan,
TERIMA KASIH,,