NOTIS TERKINI

PERHATIAN : Sila follow Page FB DrChef Sibu untuk mendaftar.
Jika berminat sila hubungi DrChef 013 817 4166

Tuesday, May 7, 2013

Kelas Mee Kuning



Assalamualaikum dan salam sejahtera, beberapa minggu dahulu saya menerima panggilan dari seorang teman yang meminta saya mengadakan kelas membuat mee kuning. Saya tak berani berjanji padanya, bila agaknya saya bersedia untuk mengadakan kelas ini. Kalau setakat seorang saja nak belajar, mungkin sukar juga untuk mengadakannya, Untuk tidak menghampakan teman tersebut, saya cuba tanya kawan-kawan jika ada yang berminat. alhamdulillah, boleh tahan juga respon yang saya terima.

Ok, kelas yang pertama akan diadakan pada :
tarikh : 12/5/2013
Jam : 2.30 -4.30
Bayaran : RM30

Pelajar akan diajar car menguli adunan untuk membuat mee kuning. Mee kuning yang diajar di sini hanya mengguna mesin mee yang simple , yang sesuai untuk membuat mee dalam kuantiti yang kecil. Setiap 1 kg tepung akan menghasilkan lebih-kurang 2 kg mee kuning. Peserta akan diajar cara menggiling adunan untuk dijadikan mee dan mereka akan membuat sendiri mee tersebut. hasil kerja mereka akan dibawa balik.

Saya berharap setelah menghadiri kelas ini nanti, peserta boleh membuat mee kuning untuk makan sendiri atau boleh juga menambah pendapatan dengan menjual mee kuning . Kelebihan mee yang diajar ini adalah, kita hanya mengguna bahan kimia paling minima jika dibandingkan dengan mee kuning yang kita beli.

Jika ada yang berminat mengikuti kelas ini, sila hubungi saya atau whatsApp di 013 817 4166


No comments:

Post a Comment