syukur.. berjaya juga mengadakan kelas coklat pada 9/3/2014, walaupun dah beberapa kali ditangguhkan. Bukannya apa, kalau tak cukup peserta tak berbaloi juga untuk conduct. target saya, cuba nak kenakan yuran yang rendah. untuk itu, kenalah ramai peserta yang join, barulah boleh cover perbelanjaan dan dapat untung sedikit untuk maintain tempat belajar. Yang penting saya berharap ilmu yang dipelajari itu dapat menampah pendapatan bagi yang suka berniaga kecil-kecilan ataupun boleh buat sendiri.. sudah pasti lebih murah dan kebersihan terjamin.. Lagi satu, dengan mengada kelas begini, saya dapat kenalan baru dan ini sangat menyeronokkan.
Semalam kelas bermula pada jam 2.40 pm. Lambat sedikit sebab ada peserta yang lambat. Diharap lain, kali kena datang lebih awal supaya kelas boleh bermula tepat pada masanya.
Ini antara gambar-gambar yang telah diambil yang telah diambil sepanjang sesi...
Chocolate Melting pot yang diguna.. sesiapa yang berminat memiliknya dengan harga yang sangat lumayan, sila pm admin k.. Ini kali pertama menggunakan melting pot ini. ternyata sangat membantu . Jika ada yang berminat, hubungi saya. Saya akan tawar harga yang sangat berpatutan hehe....
Sedang khusyuk....
Sedang menunjuk cara mengeluarkan coklat yang dah set.
Antara hasil kerja peserta...
Saya ingin mengambil kesempatan ini, untuk mohon maaf kepada peserta jika terdapat sebarang kekurangan. Banyak yang saya pelajari dari kelas yang telah dianjur ini. Inshaa Allah kelas yang akan datang akan lebih sistematik.
Jika ada yang berminat boleh hubungi saya di 013 817 4166
No comments:
Post a Comment