Ini nak share kelas kek coklat Birthday Basic Deco yang DrChef buat secara roadshow di Sibu, Bintangor, Saratok , Kota Samarahan dan Bintulu.
Jika ada yang berminat nak organize kelas ini dit tempat anda samada di Sarawak atau di Sabah, boleh hubungi DrChef. Kalau di semenanjung pun DrChef boleh uruskan. Yang penting ada peserta.
Kelas ini berbentuk hands on dimana peserta akan belajar membuat kek coklat ini dan menyedia topping kek juga.
Kreativiti mendeco DrChef galak peserta menggunakan kreativiti masing-masing untuk mendeco kek.
Mahalnya sebiji kek itu bukan hanya terletak pada keenakan kek itu sendiri tetapi juga terletak kepada keunikan hiasan kek itu juga.
Di Saratok , DrChef organize kelas ini di bandar Saratok dan Kampung Perpat.
Walaupun agak jauh dari bandar, DrChef puas hati sebab dapat berkongsi ilmu dengan penduduk di situ.
Keunikan kelas DrChef ini ialah, adanya program DrChef Teacher dimana peserta yang berkebolehan dan minat untuk menyertai DrChef akan diberi latihan dengankos yang sangat minima.
Selepas peserta dah bersedia, peserta boleh mengad kelas sendiri seperti DrChef buat dan layak mengguna jenama DrChef setelah dilantik secara rasmi menjadi DrChef Teacher.
Ini antara gambar-gambar semasa kelas di Saratok dan Kabong.
Kelas di bandar Kabong
Kelas di kampung Perpat, saratok :
Gelagat peserta dalam kelas :
Antara hasil kerja peserta.
Mana tak peserta happy, kek ini mereka boleh bawa baik.
Ada yang sempat open order untuk ambil tempahan
Selepas kelas dah boleh mengambil tempahan. DrChef perlukan peserta ini untuk mengambil tempahan di kawasan mereka.
Kata orang biarlah kita berkongsi rezeki.
Alhamdulillah, sejak kelas ini diadakan ,jika ada tempahan dari kawasan -kawasan tersebut dah ada drChef Teacher yang boleh back up DrChef.
Jika ada yang berminat, terus saja contact DrChef sama melalui WhatsApp atau ke FB DrCher Sibu .
Impossible To Possible
#drchefsibu
#drchefteacher