NOTIS TERKINI

PERHATIAN : Sila follow Page FB DrChef Sibu untuk mendaftar.
Jika berminat sila hubungi DrChef 013 817 4166

Monday, March 10, 2014

Kelas Coklat 1/2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
syukur..  berjaya juga mengadakan kelas coklat pada  9/3/2014, walaupun dah beberapa kali ditangguhkan. Bukannya apa, kalau tak cukup peserta tak berbaloi juga untuk conduct. target saya, cuba nak kenakan yuran yang rendah. untuk itu, kenalah ramai peserta yang join, barulah boleh cover perbelanjaan dan dapat untung sedikit untuk maintain tempat belajar. Yang penting saya berharap ilmu yang dipelajari itu dapat menampah pendapatan bagi yang suka berniaga kecil-kecilan ataupun boleh buat sendiri.. sudah pasti lebih murah dan kebersihan terjamin.. Lagi satu, dengan mengada kelas begini, saya dapat kenalan baru dan ini sangat menyeronokkan.

Semalam kelas bermula pada jam 2.40 pm. Lambat sedikit sebab ada peserta yang lambat. Diharap lain, kali kena datang lebih awal supaya kelas boleh bermula tepat pada masanya.

Ini antara gambar-gambar yang telah diambil yang telah diambil sepanjang sesi...



Chocolate Melting pot yang diguna.. sesiapa yang berminat memiliknya dengan harga yang sangat lumayan, sila pm admin k.. Ini kali pertama menggunakan melting pot ini. ternyata sangat membantu . Jika ada yang berminat, hubungi saya. Saya akan tawar harga yang sangat berpatutan hehe....





Sedang khusyuk....




Sedang menunjuk cara mengeluarkan coklat yang dah set.


Antara hasil kerja peserta...







Saya ingin mengambil kesempatan ini, untuk mohon maaf kepada peserta jika terdapat sebarang kekurangan. Banyak yang saya pelajari dari kelas yang telah dianjur ini. Inshaa Allah kelas yang akan datang akan lebih sistematik.

Jika ada yang berminat boleh hubungi saya di 013 817 4166

Monday, February 24, 2014

Kelas Kek Lapis - Kek Mustika Ssari

Assamualaikum dan salam sejahtera,
Ada tak yang berminat nak belajar buat kek lapis.Untuk kali pertama ini , kami akan mengada kek lapis Mustika Sari.
Tarikh : 8/3/2014
Jam : 2 ptg


Lebih kurang beginilah rupa kek yang anda pelajari
Jika berminat, boleh hubungi admin

Kelas Coklat

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
terlebih dahulusaya memohon maaf kerana kelas yang dijadualkan tidak dapat dijalankan kerana kebanyakkan peserta tidak dapat hadir pada tarikh tersebut.



Jadual yang baru adalah :

 Tarikh : 9/3/2014
Jam : 2.30 - 4.30 pm

Sila bawa tuala tangan sendiri.



Friday, January 31, 2014

Kelas Coklat 16/2/14 @ 2.30 pm

Assalamualaikum dan salam sejahtera,  atas permintaan kawan-kawan , saya akan mengadakan kelas coklat pada tarikh di atas. Dah beberapa orang yang confirm nak join kelas. Sesiapa yang dah confirm tu, bolehlah bank in duit RM40 sebelum 10/2/14.

Dalam kelas nanti, anda akan di atas tip untuk mencairkan coklat, Do and don't dalam membuat coklat paralin. Tips -tips penting dalam proses membuat pralin coklat.

Coklat yang anda buat nanti, anda boleh bawa balik. Dinasihat peserta membawa tuala tangan sendiri dan bekas untuk menyimpan hasil kerja masing-masing.

Coklat yang anda pelajari boleh dijadikan hadiah. Bagi mereka yang rajin,  anda boleh menerima tempahan untuk buat doorgift.

Antara coklat yang akan anda peajari :









JIka ingin mengikuti kelas, boleh bank in ke maybank 1112-1611-7601 atas nama Asmawati Sharkawi pada atau sebelum 10 Febuari 2014. Setelah bank in sila sms atau whatsapp 013-817 4166.

Monday, January 20, 2014

Kelas Demo Crispy Seed PERCUMA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Alhamdulillah, berjaya juga mengadakan kelas Crispy Seed yang pertama pada 18 Ianuari, 2014 @ 2.30 pm di Tkt 1, shoplot 26, Lorong Satria 2B, Taman Desa Satria, Jalan Oya, Sibu. Sempena tahun baru dan hari jadi admin, kelas yang pertama ini saya tak kenakan apa-apa bayaran. Diharapkan peserta mendapat manfaat dari ilmu yang dikongsi. Atau mungkin ada yang boleh mendapat pendapatan tambahn dengan mengambil tempahan untuk Crispy Seed ini.

Crispy Seed ni something yang new untuk orang di Sibu khasnya. kalau dah cuba memang akan terpikat. Kalau tak percaya boleh cuba hehe...


Jika ada yang berminat boleh boleh hubungi admin. Untuk satu sesi kelas yuran yang dikenakan adalah RM30. Yuran akan dikongsi antara peserta. Jika ada 10 orang peserta, setiap seorang hanya perlu membayar RM3 sahaja. Murahkan ?

Wednesday, January 15, 2014

Kelas Demo Crispy Seed

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Mungkin ada yang tidak pernah mendengar tentang crispy seed. Ia agak baru di Sarawak terutama sekali Sibu hehe.. Crispy seed ini saya yang beri nama. Ada yang menyebutnya Almond Caramel dan macam-macam lagi nama glamour.

Saya beri nama Crispy seed sebab ia sangat ranggup dan versi yang saya akan ajar mengguna biji kauci .. sebab tulah saya beri namanya crispy seed.

Cara nak buat memang mudah tapi kalau tak betul cara memang tak menjadi. Untuk kali ini saya anjur kelass yang PERCUMA sebab saya hanya buat demo sahaja. Lain kali saya akan buat hands on dan peserta perlu membeli bahan untuk hands on atau amali.

Beginilah rupanya crispy seed yang akan anda pelajari nanti :




MAKLUMAT KELAS;

TARIKH ; 18 JANUARI 2014

MASA ; 2.30 - 3.30 PETANG

TEMPAT ; TKT 1, SHOPLOT 26,LORONG SATRIA 2B, TAMAN DESA SATRIA, BT 7 1/2,    
JALAN OYA, SIBU

TEL ; 013 8174166

NOTE;
PASTIKAN ANDA DATANG TEPAT PADA MASA SEBAB KELAS AKAN DIMULA TEPAT PADA MASA YANG DITETAPKAN.

Sunday, January 5, 2014

KELAS MASAK 2014 ( JANUARI - MAC )

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Untuk tahun ini, berikut adalah kelas yang dicadang akan diadakan dari Januari - Mac. Pihak admin berhak untu membatal atau menukar tarikh kelas jika bilangan peserta tidak mencupi ataupun jika ada masalah yang tidak dapat dielakkan.

Jika ada yang berminat, sila bank in yuran setelah pihak admin confirm tarikh kelas.



Saya juga bercadang mengadakan kelas demo kek span dan kek karamel dalam tempoh Januari - Mac. bayaran RM20 seorang, jika ada yang berminat boleh pm untuk tetapkan tarikh.

Kalau ada yang berminat dengan lain-lain kelas , sila beri cadangan kepada saya atau ada soalan boleh sms atau whatsapp pada saya, Dr. Asma di 013-817 4166
Terima kasih.