NOTIS TERKINI
PERHATIAN : Sila follow Page FB DrChef Sibu untuk mendaftar.
Jika berminat sila hubungi DrChef 013 817 4166
Jika berminat sila hubungi DrChef 013 817 4166
Tuesday, May 14, 2013
Kelas Mee kuning 12 Mei 2013
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pada 12 Mei 2013, Alhamdulillah selesai mengadakan kelas mee dengan jayanya. Walaupun hanya 4 orang peserta sahaja yang datang, saya sangat bersyukur, sekurang-kurangnya saya dapat maklumbalas yang baik dari mereka.
Semasa kelas, peserta akan bekerja berpasangan iaitu 1 kg tepung untuk 2 orang. Maknanya setiap seorang akan membawa 1 kg mee yang dah siap.
Terlalu asyik melayan peserta hingga lupa nak ambil gambar peserta sedang beraksi. Diharap lain kali saya tidak lupa untuk mengambil gambar hehe.
Diharap selepas kelas, peserta boleh membuaat mee untuk makanan keluarga ataupun boleh berniaga jika berminat.
Kelas yang akan datang:
Tarikh : 15 Jun 2013
Jam : 2.30- 4.30 petang
Bayaran : RM30 seorang
Boleh bank in ke Maybank 1112-1611-7601
Tuesday, May 7, 2013
Kelas Mee Kuning
Assalamualaikum dan salam sejahtera, beberapa minggu dahulu saya menerima panggilan dari seorang teman yang meminta saya mengadakan kelas membuat mee kuning. Saya tak berani berjanji padanya, bila agaknya saya bersedia untuk mengadakan kelas ini. Kalau setakat seorang saja nak belajar, mungkin sukar juga untuk mengadakannya, Untuk tidak menghampakan teman tersebut, saya cuba tanya kawan-kawan jika ada yang berminat. alhamdulillah, boleh tahan juga respon yang saya terima.
Ok, kelas yang pertama akan diadakan pada :
tarikh : 12/5/2013
Jam : 2.30 -4.30
Bayaran : RM30
Pelajar akan diajar car menguli adunan untuk membuat mee kuning. Mee kuning yang diajar di sini hanya mengguna mesin mee yang simple , yang sesuai untuk membuat mee dalam kuantiti yang kecil. Setiap 1 kg tepung akan menghasilkan lebih-kurang 2 kg mee kuning. Peserta akan diajar cara menggiling adunan untuk dijadikan mee dan mereka akan membuat sendiri mee tersebut. hasil kerja mereka akan dibawa balik.
Saya berharap setelah menghadiri kelas ini nanti, peserta boleh membuat mee kuning untuk makan sendiri atau boleh juga menambah pendapatan dengan menjual mee kuning . Kelebihan mee yang diajar ini adalah, kita hanya mengguna bahan kimia paling minima jika dibandingkan dengan mee kuning yang kita beli.
Jika ada yang berminat mengikuti kelas ini, sila hubungi saya atau whatsApp di 013 817 4166
Friday, April 26, 2013
Kelas tartlet
Tart chocolate cheese
Assalamualaikum dan salam sejahtera, ramai kawan-kawan yang bertanya tentang tartlet. Ia sangat popular pada teman-teman di semenanjung tapi agak tidak popular pada teman-teman di sini, Sibu khasnya. Ia sangat sedap, bergantung kepada inti yang diguna. Ia boleh dimakan sebagai minimum petang atau sesuai untuk jamuan pada musim perayaan.
Untuk memenuhi permintaan, saya akan mengadakan class tartlet. Dalam kelas ini ada akan diajar cara membuat kulit tartlet dan petua untuk mengelak adunan dari lekat pada acuan
Di kelas ini nanti, anda akan diajr dua jenis filling iaitu krim kastad dan krim keju. Dari 2 jenis filling ini, anda akan dapat membuat pelbagai jenis tartlet.
Disamping itu anda boleh menambah pendapatan dengan menerima tempahan untuk tartlet ini. Selain dari itu, anda juga boleh menjual tart shell .
Bayaran :RM70
Sesiapa yang berminat, sila rujuk face book untuk mengetahui tarikh untuk kelas ini.
Monday, April 22, 2013
KELAS CUP CAKES 3/2013
TARIKH : 14 APRIL 2013
BAYARAN : RM60
Peserta sedang kusyuk menghias kek cawan.
BAYARAN : RM60
Peserta sedang kusyuk menghias kek cawan.
Antara hasil kerja peserta :
Kepada yang diluar sana yang ingin mengikuti kelas cup cakes, sila hubungi admin.
KELAS CUP CAKES 2/2013
Kelas Cup cakes 2/2013
Tarikh : 13 April 2013
Antara hasil kerja peserta.
Saya minta maaf kerana gambar yang diambil kurang jelas.
Tarikh : 13 April 2013
Antara hasil kerja peserta.
Saya minta maaf kerana gambar yang diambil kurang jelas.
KELAS CUP CAKES
MASA : 2 JAM 30 MINIT
BAYARAN : RM70.00
Modul kelas :
1. Peserta akan diajar membuat kek cawan coklat lembab.
2. Belajar membuat asing untuk mendeco kek
3. Belajar membuat hiasan mengguna fondant
4. mengetahui tip-tip berkaitan dengan kek cawan
5. 9 jenis corak hiasan akan diajar.
Antara jenis hiasan yang diajar ( jenis hiasa mengikut trend semasa )
1. Lady bird
2. Hiasan Mengguna Edible :
3. Hiasan Butterfly
4. hiaasan Ice cream :
5. Membentuk huruf atau angka dengan buttercream :
6. Hiasan mengguna fondant :
BAYARAN : RM70.00
Modul kelas :
1. Peserta akan diajar membuat kek cawan coklat lembab.
2. Belajar membuat asing untuk mendeco kek
3. Belajar membuat hiasan mengguna fondant
4. mengetahui tip-tip berkaitan dengan kek cawan
5. 9 jenis corak hiasan akan diajar.
Antara jenis hiasan yang diajar ( jenis hiasa mengikut trend semasa )
1. Lady bird
2. Hiasan Mengguna Edible :
4. hiaasan Ice cream :
5. Membentuk huruf atau angka dengan buttercream :
6. Hiasan mengguna fondant :
7. Hiasan Bunga Buttercream :
Hiasan yang ke 8 dan ke 9 adalah bebas, ikut kreaktiviti peserta :
Peserta mungkin boleh membuat hiasan seperti dibawah .
KELAS BAKING AND COOKING KANAK-KANAK DI SIBU
Assalamualaikum dan salam sejahtera, kami juga kan mengadakan kelas untuk kanak-kanak dengan harapan, minat untuk memasak perlu dipupuk sejak kecil. Kelas untuk kanak-kanak akan dibahagi mengikut umur iaitu :
1. Kelas Super Junior : 10-12 tahun
2. Kelas Junior : 13-15 tahun
Untuk permulaan , kami bercadang untuk mengada kelas cup cakes untuk kanak-kanak. Kami memerlukan maklumbalas dari pembaca untuk kami menyedia modul yang bersesuain dengan umur kanak-kanak dan permintaan dari pembaca di luar sana.
1. Kelas Super Junior : 10-12 tahun
2. Kelas Junior : 13-15 tahun
Untuk permulaan , kami bercadang untuk mengada kelas cup cakes untuk kanak-kanak. Kami memerlukan maklumbalas dari pembaca untuk kami menyedia modul yang bersesuain dengan umur kanak-kanak dan permintaan dari pembaca di luar sana.
Subscribe to:
Posts (Atom)

















